suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada bantuan lain, kerajaan tak berhasrat benarkan pengeluaran KWSP untuk mangsa banjir - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto: BERNAMA.

KERAJAAN tidak berhasrat buat masa ini untuk membenarkan mereka yang dilanda banjir membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah skim i-Citra, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, pengeluaran KWSP tidak perlu kerana kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan kewangan lain kepada individu dan perniagaan untuk pulih selepas terkesan dek banjir.

ARTIKEL BERKAITAN: 47 mangsa korban banjir, lima lagi masih hilang

“Jika anda perlu memulakan perniagaan baharu, Tekun menawarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM10,000 dengan moratorium setahun ke atas pembayaran pinjaman.

“Bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) juga menawarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM10,000 untuk membeli barangan keperluan rumah, dengan moratorium pinjaman selama enam bulan,” katanya seperti dipetik portal berita Free Malaysia Today selepas menghadiri usaha pembersihan di Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua pada Ahad. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain