suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amaran banjir, 3 Sungai di Kelantan lepasi paras amaran

Pada Khamis, Jabatan Pengairan dan Saliran Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara mengeluarkan amaran banjir di beberapa lokasi di Kelantan.

KEADAAN air tiga sungai di Kelantan dilaporkan melebihi paras amaran pada 8 pagi Jumaat berikutan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak tiga hari lalu.

Menurut portal banjir Jabatan Saliran dan Pengairan, tiga sungai itu ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang, iaitu pada 71.76 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.19m) dan Sungai Kelantan di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.28m).

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas, berada pada tahap berjaga-jaga, dengan ukuran masing-masing pada 22.43m dan 7.16m.

Air di Sungai Relai di Jalan Felda Aring, Gua Musang, juga berada pada paras berjaga-jaga, tetapi surut.

Pada Khamis, Jabatan Pengairan dan Saliran Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara mengeluarkan amaran banjir di beberapa lokasi di Kelantan iaitu Kuala Krai, Jeli, Gua Musang, Tanah Merah dan Machang pada Jumaat. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain