suria

Angka harian kembali lepasi 4,000! Malaysia rekod 4,097 kes Covid-19

Malaysia merekodkan 4,097 kes baharu Covid-19 pada Selasa.

SEBANYAK 4,097 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa.

Angka terbaharu itu menunjukkan peningkatan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Isnin iaitu 3,504 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,699,240 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, CovidNow

Artikel Sebelum

Artikel Lain