suria

Peletakan jawatan diperkenan, Muhyiddin kini jalankan tugas sebagai caretaker PM

Agong berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri.

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Keputusan itu dibuat selepas baginda menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa hari ini menerusi sesi menghadap pada jam 12.30 tengah hari tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih atas peluang ini...” - KJ, anggota Kabinet serah surat letak jawatan

"Ini adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) yang menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baahru untuk mempengerusikan Jemaah Menteri," ujar kenyataan itu.

Agong turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa sehingga 10 Ogos 2021, daripada sejumlah 613 kawasan Dewan Undangan Negerii, sebanyak 484 kawasan (79 peratus) adalah zon merah Covid-19.

"Pada masa sama, Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi membimbangkan.

"Justeru pada hemat Seri Paduka Baginda, pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat," ujar kenyataan itu lagi.

Dalam kenyataan sama, Agong turut menzahirkan penghargan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin atas khidmat bakti khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain