suria

Jumlah kes harian Covid-19 kembali meningkat, 19,991 kes baharu serta 201 kematian

JUMLAH keseluruhan jangkitan Covid-19 di Malaysia kini sudah pun mencecah 1, 299, 767 kes.— BERNAMA.

SELEPAS mencatatkan penurunan selama empat hari berturut-turut, jumlah kes harian Covid-19 di negara ini kembali meningkat apabila merekodkan dengan 19,991 kes baharu hari ini.

Peningkatan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia kini sudah pun mencecah 1, 299, 767 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Tarik balik kelonggaran jika tak patuh SOP - PM

Kes sembuh mencatatkan sebanyak 16,258 kes menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh adalah sebanyak 1,057,843 kes manakala kes aktif mencatatkan 230, 762 kes.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 1,096 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana 570 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pada masa sama, sebanyak 201 kematian hari ini dicatatkan menjadikan jumlah kematian sebanyak 11,162.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam data harian yang dikeluarkan KKM, Selangor terus menjadi penyumbang jumlah kes terbesar apabila merekodkan 7,338 kes baharu.

Kuala Lumpur di tempat kedua iaitu 2,374 kes diikuti Kedah (1,830), Sabah (1,282), Johor (1,344).

Kelantan pula mencatatkan 1,030 kes baharu manakala Perak (953), Sarawak (836), Pulau Pinang (743), Melaka (578), Negeri Sembilan (564), Pahang (539), Terengganu (378), Putrajaya (76), Perlis (24) dan Labuan satu kes.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

kes, covid, malaysia, kkm

Artikel Lain