suria

Sumber: Umno sekali lagi adakan mesyuarat MT malam ini, desas desus kaitkan perbincangan jawatan TPM

Umno dijangka mengadakan mesyuarat MT pada malam ini. Foto: The Star

UMNO sekali lagi mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada malam ini, hanya beberapa hari selepas mengumumkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Isnin.

Sumber mengesahkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan di Menara Dato Onn pada pukul 8 malam.

Sumber itu bagaimanapun tidak pasti agenda mesyuarat pada malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Umno kekal sokong kerajaan PN... tolak kerjasama dengan Anwar, DAP

"Saya tidak pasti apa agendanya... hanya akan diketahui nanti dalam mesyuarat itu," kata sumber kepada The Star.

Namun, mesyuarat khas itu dipercayai diadakan untuk membincangkan kemungkinan jawatan timbalan perdana menteri diberikan kepada Umno.

Sementara itu, sumber lain mengatakan bahawa Umno sedang melakukan penghitungan jumlah anggota MT yang dapat menghadiri mesyuarat pada malam ini.

"Sekiranya tidak ramai yang dapat hadir, mesyuarat harus ditunda," kata sumber itu.

Mesyuarat MT Umno pada Isnin lalu memutuskan untuk menolak sebarang kerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP

Dalam pada itu, parti tersebut juga menegaskan pendirian untuk kekal menyokong kerajaan PN. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain