suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah positif Covid-19, calon BN Pitas mohon maaf

Sufian mengesahkan beliau positif Covid-19. Foto Facebook Sufian Abd Karim

SUFIAN Abd. Karim mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan meminta semua kontak rapat menjalani ujian saringan.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negera (DUN) Pitas membuat pengesahan itu menerusi entri Facebook miliknya, pukul 11 pagi Sabtu.

"Saya, Sufian Abd Karim, calon BN bagi N.03 DUN Pitas baru saja mendapat keputusan ujian Covid-19 dan telah disahkan positif Covid-19.

"Saya memohon maaf kepada semua pengundi, petugas, jentera, rakan-rakan dan saudara-mara yang telah membantu sepanjang tempoh berkempen," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak doakan semoga dirinya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan diberi kesembuhan yang segera.

Ketika ini, penduduk Sabah sedang memilih wakil rakyat masing-masing menerusi Pilihan Raya Negeri yang berlangsung sehingga pukul 5 petang ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sufian Abd Karim, Pitas, PRN, Covid-19,

Artikel Lain