Tiada caj hotel selama 6 bulan di Pulau Pinang bermula 1 Julai

Keputusan itu dibuat selaras dengan kebenaran merentas negeri.

KERAJAAN Pulau Pinang mengetepikan caj hotel berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Disember, selaras dengan kebenaran merentas negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata ia adalah usaha kerajaan negeri untuk merangsang semula pelancongan dan menyokong industri dalam fasa pemulihan seiring dengan usaha yang dibuat untuk mengekalkan pelbagai sektor dan kumpulan yang terkesan dalam industri.

"Selain pengecualian caj pelancongan di peringkat Persekutuan, sokongan ini akan dapat memacu minat ke arah mengaktifkan semula pelancongan dan menyokong usaha pemulihan pelancongan untuk bulan-bulan mendatang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata pengecualian enam bulan itu adalah sebahagian daripada pelan pemulihan pelancongan untuk secara berterusan menarik kedatangan pelancong domestik sepanjang bulan akan datang sehingga akhir tahun.

Yeoh juga berkata pelan pemulihan itu turut disertakan dengan pelbagai usaha promosi dan program insentif pelancongan, yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

"Ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan negeri iaitu kami menggalakkan pelancongan yang bertanggungjawab, untuk menjadikan negeri dan negara kita sebuah tempat yang lebih selamat untuk masyarakat dan pelawat," katanya. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain