Gaji tak dibayar... diberhentikan kerja dalam tempoh PKP? Ketahui hak anda sebagai pekerja

Majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan, kerana cuti tahunan hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri. foto: Shutterstock

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kehidupan harian penduduk negara ini bagaikan berubah 360 darjah.

Jika sebelum ini hampir setiap hari kita keluar untuk mencari rezeki, kini kebanyakan syarikat menggunakan kaedah work from home (bekerja dari rumah) bagi mengekang penularan Covid-19.

Dalam pada itu, ada juga syarikat yang berdepan tempoh sukar sehingga menjejaskan pembayaran gaji, malah lebih teruk ada yang mendakwa diberhentikan khidmat serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN: Soalan-soalan lazim Bantuan Prihatin Nasional... apa yang anda perlu tahu?

Bagi yang mempunyai persoalan mengenai hal berkaitan itu, ikuti soalan lazim (FAQ) dari Kemnenterian Sumber Manusia:

1. Adakah majikan perlu membayar gaji semasa tempoh lanjutan 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 1 April 2020 sehingga 14 April 2020?

Ya, gaji pekerja serta elaun tetap yang berkaitan hendaklah dibayar, melainkan elaun itu berkaitan dengan kehadiran/perjalanan (yang tidak dilakukan dalam tempoh tersebut).

2. Bolehkah majikan mengarahkan pekerja untuk mengambil cuti tahunan atau menolak cuti tahunan tersebut bagi tempoh 1 April 2020 hingga 14 April 2020 atau dalam mana- mana hari tempoh tersebut?

Majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan, kerana cuti tahunan hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri.

3. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh majikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Dalam tempoh PKP, majikan dinasihati mengambil tindakan seperti yang berikut:

i. Majikan mesti membayar gaji penuh dan elaun dalam lanjutan tempoh kawalan pergerakan;

ii. Tertakluk kepada persetujuan kedua-dua belah pihak, majikan boleh menawarkan kepada pekerja sama ada:

a) cuti bergaji penuh;
b) cuti separuh gaji; atau
c) cuti tanpa gaji

iii. Jika pemberhentian pekerja terpaksa diambil, majikan boleh merujuk kepada Garis Panduan Pemberhentian Pekerja. Garis Panduan Pemberhentian Pekerja dan laporan pemberhentian (Borang PK) boleh didapati di website JTKSM (www.jtksm.mohr.gov.my).

Isu pembayaran gaji pekerja dalam tempoh PKP turut menjadi persoalan ramai.

4. Sekiranya majikan tidak mengambil tindakan seperti di atas, apakah tindakan yang boleh diambil oleh pekerja?

Tindakan yang boleh diambil oleh pekerja ialah membuat aduan kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran dengan tempat kerja.

5. Bolehkah majikan yang terjejas akibat Covid-19 mengambil tindakan penghematan pekerja atau retrenchment?

Penghematan kerja atau retrenchment merupakan pengurangan pekerja akibat lebihan tenaga kerja. Secara umumnya penghematan pekerja atau retrenchment adalah hak prerogatif majikan. Namun bagi memastikan proses penghematan tersebut dibuat secara adil, terdapat 3 perkara utama yang perlu dipatuhi oleh pihak majikan, iaitu:

i. Alasan perniagaan majikan terjejas akibat Covid-19 hendaklah genuine;

ii. Majikan dikehendaki untuk mengambil langkah- langkah bagi mengelakkan pemberhentian kerja terlebih dahulu seperti mengurangkan waktu kerja, menghadkan atau membekukan pengambilan pekerja baru, menghadkan kerja lebih masa, menghadkan kerja pada hari mingguan atau cuti am, mengurangkan gaji pekerja, melaksanakan pemberhentian bekerja sementara (lay-off); dan

iii. Sekiranya pemberhentian pekerja tidak dapat dielakkan, pekerja-pekerja asing perlu ditamatkan terlebih dahulu. Sekiranya pemberhentian melibatkan pekerja tempatan, prinsip LIFO (last in first out) hendaklah dipatuhi. 

Bagaimanapun prinsip ini boleh diketepikan sekiranya majikan mempunyai justifikasi kukuh. Majikan perlu melaporkan pemberhentian ini kepada Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat 30 hari sebelum tarikh pelaksaan pemberhentian. Majikan boleh mendapatkan Garis Panduan Pemberhentian Pekerja dan laporan pemberhentian (Borang PK) di website JTKSM (www.jtksm.mohr.gov.my).

6. Apa perlu dilakukan jika pekerja disyaki atau telah diuji positif dengan Covid-19?

Majikan harus mengarahkan semua pekerja yang bekerja rapat dengan pekerja tersebut tinggal di rumah selama tempoh 14 hari untuk memastikan jangkitan tidak tersebar. Sebelum itu, pekerja diminta mengenal pasti semua individu yang bekerja berdekatan (tiga hingga enam kaki) dengan mereka dalam tempoh 14 hari sebelum disyaki, supaya majikan mempunyai senarai lengkap mereka yang mungkin dijangkiti. 

Majikan perlu menjaga kerahsiaan tanpa membocorkan maklumat pekerja terbabit. Di samping itu, majikan perlu melaksanakan pembasmian kuman di ruang kerja dan ruang kerja yang terjejas. Sekiranya tempa kerja di dalam bangunan atau kawasan pejabat yang dikongsi, majikan terlibat harus memaklumkan pihak pengurusan bangunan supaya mereka boleh mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya.

7. Bolehkah pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas Penggajian (Pas Ekspatriat) dan MM2 pulang ke negara asal?

Boleh dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Sila hubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03- 8886 8110 / 03-88868126 untuk maklumat lanjut.

8. Jika ada salah seorang pekerja disahkan positif Covid-19 bolehkah majikan memberikan cuti tanpa gaji kepada semua pekerja?

Majikan boleh memberikan cuti kepada pekerja lain demi untuk menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja lain, yang mana cuti tersebut hendaklah bergaji dan tidak boleh dipotong. Majikan juga tidak boleh memaksa pekerja untuk mengambil cuti tanpa gaji.

Majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan, kerana cuti tahunan hendaklah diberikan atas kehendak dan permohonan pekerja sendiri.

9. Apakah yang boleh dilakukan oleh pekerja yang bergaji hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jika tidak dibayar gaji?

Sila rujuk kepada FAQ’s Employment Retention Program (ERP) yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial di talian 1300-22- 8000 atau di website www.perkeso.gov.my

10. Jika majikan dalam perkhidmatan tidak perlu (non-essential service) masih menjalankan operasi tanpa pengecualian bertulis daripada Ketua Pengarah Kesihatan KKM, apakah tindakan yang perlu diambil?

Mana-mana orang boleh membuat laporan kepada PDRM / Rela / Jabatan Tenaga Kerja / Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berhampiran.

11. Apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil oleh pekerja sekiranya majikan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Pekerja boleh membuat laporan kepada pihak Polis, Rela atau Kementerian Sumber Manusia (KSM). Laporan dan pertanyaan boleh diajukan melalui talian:

i. 03 8889 2359

ii. 03 8890 3404

iii. 03 8886 2409

iv. 03 8886 2352

v. 03 8888 9111 atau emel:

i. jtksm@mohr.gov.my

ii. jtknsabah@mohr.gov.my

iii. jtknsarawak@mohr.gov.my

PENGIRAAN TEMPOH MASA

12. Adakah tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 [Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan) 2020] akan diambil kira dalam pengiraan tempoh masa 60 hari yang ditetapkan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967?

Tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 TIDAK akan diambil kira dalam pengiraan tempoh masa 60 hari yang ditetapkan di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ketetapan ini dibuat bagi memastikan pekerjapekerja mematuhi PKP dan memberi peluang kepada pekerja-pekerja yang terlibat untuk memfailkan representasi pembuangan kerja selepas tamatnya tempoh PKP.

13. Adakah tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 [Peraturan- Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020] akan diambil kira dalam pengiraan tempoh masa di bawah seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan 1967?

Tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 TIDAK akan diambil kira dalam pengiraan tempoh masa di bawah seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Ketetapan ini dibuat bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat (kesatuan sekerja dan majikan) mematuhi PKP dan memberi peluang kepada pihak-pihak yang berkenaan mengambil tindakan selepas tamatnya tempoh PKP.

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain