Covid-19 burukkan lagi keadaan, Hotel Tower Regency Ipoh akhirnya henti operasi

Hotel Tower Regency Ipoh akan berhenti beroperasi pada akhir April.

HOTEL Tower Regency akan berhenti beroperasi pada akhir April ini.

Dalam memo dalaman bertarikh 31 Mac yang tersebar di aplikasi WhatsApp menyebut hotel yang beroperasi sejak Januari 2009 itu mengalami kerugian jutaan ringgit sejak tiga tahun lalu ketika cuba memastikan operasi berjalan seperti biasa.

Malah kesemua kakitangannya turut mengetahui hotel itu tidak dapat terus menanggung kerugian terutamanya dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini.

"Hotel ini cuba membuat perancangan sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak dapat meramal tuntutan pasaran dan ketidakpastian ekonomi dalam industri.

"Dengan berat hati hotel ini perlu mengambil langkah drastik untuk menghentikan operasinya.

"Pandemik Covid-19 turut menjejaskan industri perhotelan dan juga setiap peluang untuk memulihkan operasi hotel itu pada masa depan.

"Semua pekerja akan dibayar gaji selain penamatan pekerjaan dan faedah mengikut Akta Pekerjaan," demikian menurut memo tersebut.

Menerusi respon balas mengenai perkara itu di WhatsApp, Pengarah Urusannya Simon Leong mengesakan penutupan hotel tersebut.

"Industri hotel terjejas teruk kerana wujud persaingan tidak adil dari penginapan rumah dan penginapan tanpa peraturan lain untuk beberapa ketika.

"Jenis perkhidmatan ini adalah minimum, jika ada, pematuhan yang bermakna kos minimum kepada mereka," katanya sambil menambah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19 turut menjejaskan industri ini. - The Star

Hotel Tower Regency, Covid-19, PKP

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain