suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada kes jangkitan koronavirus di Kelantan, orang ramai dinasihatkan usah percaya khabar angin

Orang ramai digalakkan untuk memakai topeng muka ketika berada di tempat awam. Gambar sekadar hiasan. Foto: Bernama

ORANG ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai khabar angin kononnya terdapat individu yang dijangkiti novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) berada di Kelantan ketika perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin yang dipetik Bernama berkata, penularan berita tidak benar itu boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram kepada masyarakat sedangkan jabatan itu telah mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang penularan virus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia pertama positif koronavirus tak ke Kelantan semasa Tahun Baharu Cina

“Apa yang tular mengatakan ada individu yang dijangkiti koronavirus berkenaan dan pernah datang melawat saudara di negeri ini pada Tahun Baharu China lalu adalah tidak benar," katanya pada Khamis.

Dr Zaini mengulas berita yang tular kononnya seorang lelaki warga Malaysia yang dikesan positif 2019-nCoV pada 4 Februari lalu telah mengunjungi saudaranya di Kelantan pada pada Tahun Baharu China lepas.

Beliau berkata sehingga kini tiada sebarang jangkitan virus itu di Kelantan.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad turut mengesahkan bahawa laporan media yang mengatakan warganegara Malaysia pertama yang disahkan positif koronavirus mengunjungi Kelantan ketika sedang menunjukkan gejala penyakit berkenaan, adalah tidak tepat.

koronavirus, Kelantan

Artikel Lain