suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dinding flat runtuh akibat letupan, wanita warga emas cedera

Dinding pada bilik rumah tersebut runtuh menyebabkan seorang warga emas cedera. - Foto Ihsan Bomba.

SEORANG wanita cedera selepas berlaku letupan di rumahnya di tingkat 20 Flat Desa Green, Jalan Paya Terubong di Georgetown, Pulau Pinang pada Ahad.

Bomba masih menyiasat punca letupan dalam rumah tersebut.Jurucakap bomba berkata, dalam kejadian pada jam 8.10 pagi itu, wanita berusia lingkungan 50-an itu mengalami kecederaan 15 peratus pada anggota badannya.

"Bomba terima panggilan pada jam 8.16 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebahagian dinding termasuk bahagian bilik di rumah tersebut sudah runtuh.

"Letupan itu mengakibatkan seorang warga emas cedera dipercayai terkena runtuhan dinding tersebut," katanya.

Menurutnya, kesan daripada letupan tersebut juga terkena pada rumah jiran menyebabkan keretakan pada dinding.

"Keterangan awal saksi mengatakan, mereka terdengar letupan yang kuat dari rumah tersebut.

Bomba masih menyiasat dan sehingga sekarang punca letupan belum dikenal pasti," katanya. -Sinar Harian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain