Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol orang asli - Semasa | mStar

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol orang asli

Zikri Armstrong membuat dakwaan mengenai Nora Anne melalui ciapan akaun Twitternya.

POLIS menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, dirogol orang Asli.

Lelaki itu yang menggunakan nama Zikri Armstrong membuat dakwaan tersebut melalui ciapan akaun Twitternya, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini, jam 7 malam Khamis.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata kes itu diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

"Lelaki itu sudah ditangkap malam tadi di Seremban,” katanya ketika dihubungi, Jumaat.

Mohamad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Mayat remaja berumur 15 tahun itu dijumpai pada Selasa selepas dilaporkan hilang dari vila percutian di resort eko-pelancongan dekat sini pada 4 Ogos.-Bernama

Tahan , lelaki , Nora Anne

Artikel Sebelum

Mayat Nora Anne sudah dituntut

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain