suria

MAS tawar diskaun sehingga 20 peratus

MAS menawarkan diskaun sehingga 20 peratus untuk kelas perniagaan.

MALAYSIA Airlines  menawarkan potongan sehingga 20 peratus ​​untuk tambang Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi ke semua destinasi domestik dari Kuala Lumpur.

Promosi sehari bermula hari ini sehingga esok (27 Jun) sah untuk perjalanan segera sehingga 20 Januari tahun depan.

Sebanyak 6.5 juta tempat duduk disediakan untuk  promosi ini dan boleh digunakan di semua kategori tambang Malaysia Airlines - Lite, Basic dan Flex.

Sementara itu, Malaysia Airlines akan menggunakan Airbus A380-800 daripada Airbus A330-300 ke Melbourne, Australia, untuk masa yang terhad sahaja.

Bermula hari ini sehingga 28 Jun ini, syarikat penerbangan itu juga turut menawarkan tambang pergi dan balik serendah dari RM1,749 (kelas ekonomi) dan dari RM5,499 (kelas perniagaan).

Promosi ini hanya terhad untuk MH149 dan MH148.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi lain, pergi ke laman sesawang Malaysia Airlines.

Malaysia Airlines, diskaun

Artikel Berikut

Artikel Lain