Tujuh mangsa pencemaran kimia masih di ICU - Semasa | mStar

Tujuh mangsa pencemaran kimia masih di ICU

Sebahagian mangsa pencemaran kimia diberi rawatan awal di Stadium Tertutup Pasir Gudang sejak Jumaat lalu.

SERAMAI 143 orang yang terjejas akibat pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang masih menerima rawatan di wad hospital, setakat tengah malam Sabtu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata kesemua mereka termasuk 36 orang yang dirujuk di hospital luar daerah ini dan 29 orang di hospital luar negeri Johor.

"Setakat 12 malam tadi, tujuh pesakit masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan stabil.

"Jumlah pesakit yang dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Permai pula adalah seramai 108 orang," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dr Sahruddin, dalam pada itu, berkata seluas 1.3 kilometer (km) daripada 1.5 km kawasan tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan setakat 4 petang semalam.

Beliau berkata kerja pembersihan berjalan lancar setakat ini dengan kerja dilakukan tanpa henti sejak dimulakan Rabu lepas.

"Baki 200 meter lagi akan diselesaikan dalam tempoh selewat-lewatnya satu hingga dua hari akan datang," katanya.

Beliau berkata sebanyak 550 metrik tan tanah dan enap cemar serta 700 metrik tan air tercemar sudah dikumpulkan setakat 4 petang semalam.Katanya, orang ramai terus dinasihati supaya tidak menghampiri kawasan kejadian selain dalam masa sama mengambil langkah pencegahan dengan mengurangkan aktiviti luar.

Sehingga kini, institusi pendidikan di Pasir Gudang masih lagi tidak beroperasi dan hanya akan memulakan sesi pembelajaran setelah diisytiharkan selamat oleh pihak berkuasa, katanya.- Bernama

Pencemaran kimia

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain