"Biarkan adik saya pergi dengan tenang, ibu bapa saya sangat sedih" - Abang Moey mohon hentikan spekulasi - Semasa | mStar

"Biarkan adik saya pergi dengan tenang, ibu bapa saya sangat sedih" - Abang Moey mohon hentikan spekulasi

ANGGOTA keluarga mangsa yang terbunuh, Moey Yun Peng, 20, selepas SUV yang dipandunya dilanggar oleh kenderaan lain sebelum terhumban jatuh dari Jambatan Pulau Pinang, menggesa orang ramai agar berhenti membuat spekulasi mengenai insiden itu.

Abang Moey, yang enggan dikenali berkata, keluarganya akan mencari keadilan berhubung kes itu, kerana rakaman video menunjukkan bahawa kenderaan lain hilang kawalan sebelum menghentam kenderaan dipandu Moey pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan hadiah puisi untuk mangsa SUV terhumban ke laut

"Tolong berhenti berspekulasi, dan jangan ganggu kami.

"Biarkan adik saya pergi dengan tenang. Ibu bapa saya sangat sedih," katanya di bilik mayat Hospital Seberang Jaya.

Pemuda itu turut menggesa pihak polis agar menjalankan siasatan sewajarnya, terutama ke atas pemandu kereta yang juga seorang rakan lama Moey.

Mayat Moey dikeluarkan dari bangkai kenderaan selepas pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan kereta itu dari laut di bawah Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 6 petang Selasa.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, yang mengambil masa hampir tiga jam. - The Star

SUV , Jambatan Pulau Pinang

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL