suria

SUV terhumban ke laut berjaya dinaikkan, mayat turut kelihatan

SEBUAH kereta SUV yang terhumban ke laut selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang akhirnya berjaya dinaikkan.

Pasukan penyelamat memulakan operasi menaikkan kenderaan itu kira-kira pukul 5.45 petang Selasa.

Kenderaan itu akhirnya berjaya dinaikkan kira-kira 20 minit kemudian menggunakan empat kabel yang dipasang pada sebuah kren.

Mayat pemandu kenderaan terbabit Moey Yun Peng turut dilihat berada dalam kenderaan yang rosak teruk itu.

Percubaan pertama menaikkan SUV tersebut petang Isnin gagal selepas satu tali yang digunakan tidak dapat memegang kenderaan tersebut.

Mangsa masih terperangkap di dalam kenderaan tersebut.

Penyelam kemudian turun sekali lagi dan berjaya menyangkut tali pada badan kenderaan itu.

Orang ramai berkumpul di lokasi untuk melihat operasi menaikkan kenderaan tersebut.

Kenderaan tersebut berjaya berjaya dikesan iaitu berada di tiang 34 kilometer 40 Jambatan Pulau Pinang iaitu kira-kira 30 meter dari kenderaan itu tercampak iaitu pada tiang 30, petang Isnin.

Difahamkan, mangsa, Moey Yuen Peng, 20, masih berada di dalam kenderaan itu dan akan dinaikkan bersama kenderaan tersebut menggunakan kren.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi Ahad lalu, kenderaan itu tercampak ke dalam laut selepas dirempuh sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu secara laju dan melulu dari arah pulau ke Seberang Perai.

SUV, Jambatan Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain