suria

Saya terkenal kerana sering salah buat pilihan - Tun M

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menepis kritikan ramai terhadap sesetengah menterinya dan berseloroh mengatakan bahawa beliau terkenal kerana sering memilih orang yang salah.

"Saya terkenal kerana menjadi seorang yang teruk dalam memilih orang (menjadi pemimpin)," kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Apabila saya memilih (Tun) Musa Hitam, saya dikritik," katanya.

Musa ialah timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir sejak1981 hingga 1986.

Lapor The Star, perdana menteri mengulas mengenai kritikan yang ditimbulkan terhadap beberapa pilihan Kabinetnya, terutama para menteri daripada PPBM.

Beliau menamakan tiga menteri daripada PPBM yang sering mendapat kritikan iaitu Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dr Mahathir mempertahankan ketiga-tiga mereka dan beliau percaya bahawa mereka menjalankan tugas dengan baik.

"Walaupun ia tidak 100% (sempurna) - ia memadai, ia kira-kira 70%," katanya semasa ucapan penggulungannya di majlis Perhimpunan Agung Tahunan yang berlangsung pada Ahad.

Mahathir Mohamad

Artikel Lain