Sebat langkah pencegahan baik ajar majikan gaji Pati - Mustafar - Semasa | mStar

Sebat langkah pencegahan baik ajar majikan gaji Pati - Mustafar

Mustafar Ali.

KOTA KINABALU: Sebat boleh menjadi langkah pencegahan yang bagi memastikan majikan di negara ini tidak menggaji atau menyimpan enam atau lebih pekerja asing tanpa izin (Pati), kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Beliau berkata, sebat termaktub di bawah Akta Imigresen 1959/63 bagi mereka yang menggaji enam atau lebih (Pati).

"Rekod kita menunjukkan sejak lebih dua tahun, hanya tiga daripada 1,400 majikan yang didakwa di mahkamah, disabitkan hukuman sebat," kata Mustafar kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Jabatan Imigresen Sabah pada Jumaat.

"Segelintir pihak mengatakan bahawa sebat dilihat sebagai tindakan kejam, tetapi jika kita melihat dari segi keselamatan dan kedaulatan (pandangan), Jabatan Imigresen tidak boleh berkompromi mengenai perkara tersebut," tambahnya.

Mustafar berkata, negara-negara lain juga mempunyai peruntukan sebat mandatori sebagai langkah pencegahan terhadap majikan yang menggaji Pati, termasuk Pati yang mengulangi kesalahan mereka.

Jelasnya, kesalahan sebat di bawah imigresen mempunyai kesan positif dari segi menangani masalah Pati di negara-negara lain.

"Ini merupakan isu keselamatan dan kedaulatan. Kita merasakan peruntukan undnag-undang seharusnya digunakan untuk menyampaikan mesej yang jelas terhadap majikan yang menggaji Pati," katanya.

Menurut Mustafar, seramai 47,000 Pati ditahan di seluruh negara dalam kira-kira 14,500 operasi dan kira-kira 190,000 orang diperiksa tahun ini.

Tambahnya, 1,400 majikan telah didakwa di mahkamah dan beberapa kes mereka telah disabitkan manakala yang lain masih dalam proses perundangan. - The Star

Jabatan Imigresen , Pati , Mustafar Ali , sebat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sultan Nazrin menitis air mata kenang Adib

Artikel Lain