Jenazah Adib selamat dikebumikan

Tunang Allahyarham Muhammad Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi serta bapanya Mohd Kassim (kanan) memberi penghormatan terakhir selepas upacara pengebumian pada Selasa. Foto: CHAN BOON KAI/The Star

ALOR SETAR: Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini kira-kira 1.45 tengah hari Selasa.

Pengebumian jenazah turut dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Suasana hiba menyelubungi upacara itu dengan keadaan cuaca yang sedikit mendung memudahkan urusan pengebumian dijalankan.

Terdahulu, jenazah tiba di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau, di sini pada pukul 10.29 pagi yang dibawa dengan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Pangkalan Udara JBPM, Subang, Selangor.

Jenazah kemudian dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Tebengau sebelum dibawa ke Masjid As-Saadah yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah itu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan sejurus selepas itu.

Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang parah dipercayai dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Turut hadir melawat keluarga dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Anggota Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek dan barisan kepimpinan serta anggota JBPM.

Sementara itu, Johari ketika ditemui pemberita selepas pengebumian itu menggesa agar siasatan berkenaan kematian Muhammad Adib diberi keutamaan oleh pihak polis memandangkan ia kini menjadi buah  mulut orang ramai selain menimbulkan pelbagai persepsi.

"Ia bagi memastikan masyarakat yang menantikan perkembangan siasatan itu dapat jawapan mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada Muhammad Adib," katanya.-Bernama

Jenazah Adib, kebumi

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain