suria

"Jangan klik pautan kemas kini info bank"

GOMBAK: Orang awam dinasihat peka dengan sindiket scam yang meminta pemilik akaun mengemaskini maklumat bank dihantar melalui pesanan ringkas atau emel.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, taktik itu kembali menular baru-baru ini menyebabkan berlakunya transaksi tidak disedari mangsa.

Menurutnya, sebaik mangsa menekan pautan laman web kemaskini akaun dan memasukkan kata laluan serta maklumat pengenalan, data itu akan diambil suspek untuk melakukan transaksi dalam talian.

"Untuk membolehkan transaksi tersebut berjaya, suspek akan menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun meminta nombor TAC dengan alasan nombor TAC itu tersalah hantar ke mangsa.

"Transaksi pemindahan wang dari akaun mangsa ke suspek berjaya setelah suspek mengisi nombor TAC tersebut," katanya. - Sinar Harian

bank, scam

Artikel Lain