suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Surendran nafi khabar angin kematiannya, "Saya sihat"

N. Surendran.

PETALING JAYA: Peguam, N. Surendran menafikan khabar angin mengenai kematiannya, dengan mengatakan bahawa beliau masih hidup dan sihat.

Bekas Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata, beliau dan ramai kenalannya menerima panggilan pada pagi Rabu yang bertanya mengenai laporan yang tersebar, mendakwa beliau ditemui mati di rumahnya.

"Oleh itu, saya berada pada kedudukan yang sangat janggal menafikan kematian saya sendiri, saya masih hidup dan sihat. Saya berada di firma guaman saya sepanjang pagi," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai bagaimana atau mengapa maklumat ini tersebar," katanya.

N. Surendran

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia