Bayaran ujian komputer lesen memandu diturunkan kepada RM20 tahun depan

Anthony Loke.

KUALA LUMPUR: Kos untuk ujian komputer lesen memandu akan diturunkan kepada RM20 bermula 1 Januari tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Loke berkata, kos ketika ini adalah RM27 dan akan dikurangkan sebanyak RM7, berikutan keputusan meliberisasikan sistem sekarang yang dikendalikan tiga syarikat.

"Kita telah memutuskan untuk membuka ujian berkomputer kepada semua semua institut memandu dengan penggredan tiga bintang dan ke atas, yang menepati kriteria," katanya pada sidang media selepas membuat lawatan ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Pada masa ini, Loke berkata, 103 pusat pemeriksaan di bawah e-servis menerusi MyEG, KOMMS dan Myspeed, yang menawarkan ujian berkomputer.

Terdapat kira-kira 150 institusi memandu dengan penarafan tiga bintang dan ke atas, berdasarkan kaji selidik 2017.

Loke berkata, polisi baharu itu tidak akan menjejaskan 103 pusat di bawah MyEG, KOMMS dan Myspeed.

"Di bawah sistem baharu ini, kita menjangkakan kira-kira 200 pusat pemeriksaan di seluruh negara, yang akan menjadikan ujian memandu lebih mudah akses untuk orang awam," tambahnya.


Anthony Loke

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain