suria

Kerajaan patut kaji semula kes Muhammad Lukman

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat bahawa kerajaan akan mengkaji kes seorang lelaki yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mempunyai minyak kanabis untuk tujuan perubatan.

Dr Mahathir berkata:"Saya fikir kita patut mengkaji semula kes itu," ketika ditanya mengenai kes Muhammad Lukman, 29, yang dihukum gantung sampai mati kerana memiliki, memproses dan mengedar ganja yang diproses untuk tujuan perubatan.

Dia ditahan pada 2015 kerana memiliki 3.1 liter minyak kanabis, 279 gram kanabis dimampatkan dan 1.4kg bahan mengandungi tetrahydrocan nabininol (THC).

Muhammad Lukman dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Ogos.

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar berkata beliau akan membuat rayuan kepada Peguam Negara untuk mendapatkan pengampunan bagi Muhammad Lukman.

Dr Mahathir Mohamad bercakap kepada pemberita selepas ucapan pembukaannya pada Persidangan Industri Bekalan Kuasa Elektrik (CEPSI 2018) hari ini.

kanabis, Muhammad Lukman

Artikel Sebelum

Artikel Lain