suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan sedang bincang untuk bawa pulang jet peribadi Jho Low

KUALA LUMPUR: Malaysia kini sedang berunding dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk membawa pulang jet persendirian Low Taek Jho atau Jho Low ke negara ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementeriannya dimaklumkan mengenai perbincangan itu tetapi pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam hal tersebut.

"Ada pihak yang diamanahkan untuk mengadakan perbincangan," kata Saifuddin, ketika ditanya media pada Selasa selepas lawatannya ke Institut Bahasa dan Kesusasteraan (Dewan Bahasa dan Pustaka) di sini.

Jet Bombardier Global 5000, milik ahli perniagaan itu merupakan sebahagian daripada aset bernilai AS$1 bilion (RM4.08 bilion) yang didakwa diperolehi daripada dana yang disalahgunakan dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Jet berkenaan telah dirampas oleh Singapura pada Februari tahun lepas dan kini diletakkan di lapangan terbang Seletar Singapura.

Jho Low, 1MDB

Artikel Sebelum

Tommy Thomas nafi letak jawatan

Artikel Berikut

Artikel Lain