suria

Empat maut nahas kereta bertembung treler

LIPIS: Empat  maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 19, Jalan Lipis-Merapoh berhampiran Padang Tengku, pagi Isnin.

Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Viva dan sebuah  treler dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Dalam kemalangan tersebut,seorang lelaki dan tiga wanita dari kereta Viva tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Setakat ini,semua identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan usaha mengeluarkan mayat mangsa sedang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob ketika dihubungi memberitahu, pegawai penyiasat sudah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

"Identiti mangsa belum dikenal pasti dan siasatan masih dijalankan," katanya.-SinarHarian

Lipis, treler, Viva

Artikel Lain