Kerusi Batu untuk Anwar, ini jawapan Prabakaran

AHLI Parlimen termuda, P Prabakaran yang mewakili Parlimen Batu menjawab khabar angin kononnya beliau akan diminta mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ada khabar angin YB diminta untuk mengosongkan kerusi Parlimen Batu untuk beri laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Itu hanya sekadar ura-ura, setakat ini tiada sebarang perbincangan mengenai keperluan saya mengosongkan kerusi Parlimen Batu untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal ini bukan bermaksud saya tidak akan berundur, namun tiada perbincangan ke arah itu.

Apa pendapat YB tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi Presiden PKR?

Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah idola dalam PKR kerana beliau telah menterjemahkan impian Datuk Onn Jaafar untuk menubuhkan sebuah parti yang membuka keahlian kepada rakyat berbilang kaum.

Bagi saya Anwar ialah juara dalam perjuangan ideologinya dan kemenangannya tanpa pencabar bagi posisi Presiden PKR adalah bukti penerimaan ahli terhadap kepimpinannya.

Beliau seorang pemimpin yang tidak rasis dan saya harap semua akan dapat bekerjasama dengan Anwar tanpa sebarang perselisihan faham.

Apakah impian rakyat di Parlimen Batu terhadap YB?

Masalah utama bagi penduduk di Parlimen Batu ialah isu perumahan dan berkisar tentang masalah kemiskinan bandar. Seperti kebanyakan masalah perbandaran lain, rakyat di Batu berdepan isu infrastruktur seperti rumah, longkang, jalan raya.

Saya ada bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan masalah ini. Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad memaklumkan DBKL sedang menangani 73,000 kes perumahan tertangguh.

Saya berjanji akan bekerja keras untuk mengurangkan bebanan masalah rakyat.

Anwar, Batu, Prabakaran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BN kena tukar strategi - Jamal

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain