suria

Tun M dilantik jadi Pengerusi Khazanah baharu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Isnin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin pula dilantik sebagai pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu, yang juga berkuat kuasa serta-merta.

Dari kiri: Azmin, Mohd Hassan, Sukhdave dan Ching Yin.

Pelantikan Pengarah Urusan Khazanah akan diumumkan kemudian, menurut kenyataan tersebut.

Sembilan anggota lembaga pengarah Khazanah, termasuk Pengarah Urusan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Tan Md Nor Md Yusof, meletakkan jawatan untuk membolehkan kerajaan baharu memutuskan kepimpinan baharu syarikat itu. - Bernama

Khazanah

Artikel Sebelum

Artikel Lain