suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kisah 28 sekeluarga miskin tinggal serumah dapat perhatian

Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Pokok Sena, Zulkifli (kanan) menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan makanan kepada Ishak (tengah) di rumahnya. - Bernama

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan meneliti kes berkaitan 28 orang daripada sebuah keluarga tinggal yang di dalam sebuah rumah usang di Lorong Gedebang di sini sebelum menentukan jenis bantuan yang akan diberikan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Halimaton Shaadiah Saad berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengenai kes itu.

"Kes ini telah banyak kali ditularkan di laman sosial. Saya dimaklumkan bahawa keluarga ini menerima bantuan zakat sebanyak RM600 sebulan, jadi  kita tidak boleh buat keputusan sekarang kerana  kena tengok semua aspek dahulu.

Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Pokok Sena, Zulkifli Ismail (kiri) membantu Ishak berjalan ketika mengadakan lawatan di rumahnya di Lorong Gedebang.

"Mengenai rumah baharu untuk keluarga ini, kita akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Ismail Salleh.

"Mungkin kita akan beri rumah transit untuk mereka duduk sementara di Flat Seri Gemilang," katanya selepas mengadakan lawatan ke rumah tersebut bersama pihak LZNK dan JKM negeri.

Pada 25 Julai lalu, Bernama melaporkan seorang warga emas Ishak Darus, 75, tinggal bersama isterinya Jamaliah Rejab, 56, selain 10 anak, seorang menantu dan 15 cucu di rumah usang di Lorong Gedebang di sini kerana tidak mampu menyewa di tempat lain akibat kemiskinan.

Keluarga itu terpaksa duduk berhimpit-himpit di dalam rumah yang lantainya hanya beralaskan tikar getah selain dinding kayu sudah reput dimakan anai-anai dan sebahagian bumbung zinknya dari hadapan hingga ke belakang juga berkarat serta berlubang. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain