suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM tak beku akaun bank Chong Wei

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa akaun peribadi milik jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dibekukan kerana dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

"Ia tidak benar sama sekali," katanya ringkas.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menafikan dakwaan yang sama berhubung perkara berkenaan.

Syed Saddiq berkata penarikan diri Chong Wei daripada Kejohanan Dunia dan Sukan Asia tidak ada kaitan dengan isu 1MDB.

Chong Wei baru-baru ini mengesahkan tidak beraksi pada kedua-dua acara berkenaan selepas mengalami masalah pernafasan yang menyaksikan beliau terpaksa berehat selama sebulan.-- Bernama

Chong Wei, SPRM, Azam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain