suria

Mek ‘Kelate’ jual ubat ‘keras’ tak hairan dikecam, 1,000 botol dah jual!

Khasmawati Abdul Khamis.

PETALING JAYA: Seorang wanita berhijab dikecam gara-gara tindakan beraninya mempromosi ubat perangsang seks secara terbuka di media sosial.

Video berdurasi 37 saat itu menunjukkan wanita tersebut yang bertutur dalam loghat Kelantan bersungguh-sungguh bercerita mengenai 'kelebihan' ubat tenaga batin itu.

Tindakan wanita tersebut disifatkan netizen sebagai memalukan dan tidak sensitif dengan budaya masyarakat negara ini.

Usahawan kosmetik, Khasmawati Abdul Khamis, ketika dihubungi mStar Online berkata, dia enggan ambil pusing kritikan netizen.

Malah wanita kelahiran Kuantan, Pahang itu berkata, dia sudah bersedia diserang netizen selepas membuat keputusan menjual produk tersebut kira-kira dua minggu lalu.

"Saya memang dah tahu dah, kalau jual ubat c***** ni mesti ada mulut makcik-makcik bawang yang akan kutuk.

"Tapi saya tak takut. Bukan saya buat salah, bukan saya mencuri... saya cari rezeki halal," kata wanita berusia 37 tahun ini yang kini tinggal di Kota Bharu, Kelantan.

Ditanya mengapa beliau memilih untuk mempromosikan produk itu, Khasmawati atau lebih dikenali sebagai Mummy Tie Viral berkata, beliau hanya mahu membahagiakan pasangan suami isteri.

Paparan skrin video Khasmawati sedang mempromosi ubat perangsang seks yang tular di media sosial.

"Biarlah apa netizen nak kata, janji pelanggan saya gembira dengan hasil ubat tersebut.

"Yang penting ramai pelanggan berterima kasih kepada aku. Ada yang nak bercerai, tapi tak jadi teruskan proses itu kerana produk ini," katanya.

Menurut Khasmawati, hampir 1,000 botol sudah dijual sejak dua minggu lalu.

Pada masa sama, ibu kepada lima cahaya mata itu turut menggesa netizen supaya tidak menilai seseorang berdasarkan luaran semata-mata.

"Saya dah berniaga sejak berumur 16 tahun, orang dah kenal saya. Beginilah cara saya berniaga, saya jenis yang berani.

"Janganlah menilai orang dari luaran, sekurang-kurangnya saya memberi kebahagiaan kepada suami isteri. Jadi janganlah condemn condemn sangat," katanya.

Selepas videonya tular di media sosial, wanita itu mendedahkan menerima banyak tawaran mempromosikan produk usahawan lain.

"Dek kerana viral, ada 10 peniaga mesej nak saya review produk mereka. Tapi saya terpaksa tolak kerana saya mahu fokus kepada perniagaan saya.

"Lagipun saya ada lima produk sendiri yang perlu 'dinaikkan," katanya.

Menerusi video yang tersebar, Khasmawati mempromosikan ubat kuat lelaki itu dengan mendakwa sesiapa yang mengambilnya pada pukul 8 malam, ia akan membuatkan alat sulit seseorang lelaki itu mula mengeras sejam kemudian dan akan bertahan sehingga 8 pagi keesokan harinya.

ubat perangsang seks

Artikel Lain