suria

Isteri terlanggar suami hingga maut

IPOH: Seorang lelaki maut selepas dilanggar kereta yang dipandu isterinya di perkarangan rumah mereka di Taman Intan dekat Batu Gajah pada Selasa.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Chan Moi Chai, 68, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya  berusia 65 tahun tidak mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah Supt Tan Boon Hooi berkata dalam kejadian kira-kira pukul  10.25 pagi itu, wanita terbabit yang baru  pulang  dari  Pasar  Batu  Gajah  gagal  mengawal  kereta  jenis  Toyota  Corolla ketika  sedang mengundurkan kenderaan itu.

“Wanita itu gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh tiang rumah dan melanggar suaminya yang berada di belakang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa yang tidak sempat mengelak meninggal dunia di tempat kejadian akibat pelanggaran itu.-Bernama

Isteri, terlanggar suami

Artikel Lain