suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naza sumbang RM1,000 kepada Tabung Harapan setiap kereta dijual

KUALA LUMPUR: Naza Group akan menyumbang RM1,000 kepada Tabung Harapan Malaysia untuk setiap kereta yang dijual oleh kumpulan itu dari 1 Jun hingga 31 Ogos, 2018.

“Naza Group berbangga dapat memainkan peranannya dengan memberi sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan patriotik,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd SM Nasarudin SM Nasimuddin, dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata sumbangan daripada kumpulan itu sebagai antara cara untuk memberi penghargaan kepada kerajaan atas landskap ekonomi dan politik yang stabil, terutamanya, tempoh tanpa cukai selama tiga bulan yang mendorong jualan kereta untuk mencapai  paras tertinggi pada tahun  ini.

“Sebagai syarikat tempatan, menjadi kewajipan dan tanggungjawab  kami untuk membantu demi negara yang dicintai, terutamanya apabila kita akan menyambut ulang tahun ke-61 kemerdekaan negara dan Hari Malaysia tidak lama lagi,” kata SM Nasarudin.

Naza Group adalah pengimport dan pengedar untuk pelbagai jenama automotif antarabangsa, seperti Ferrari, Maserati, Mercedes-Benz, Peugeot, Citroan, DS dan Kia, di Malaysia.

Sumbangan daripada individu dan syarikat Malaysia kepada Tabung Harapan melebihi paras RM150 juta pada minggu lepas.-Bernama

Naza, sumbang, Tabung Harapan

Artikel Berikut

Artikel Lain