Tawaran Loka "bagai bulan jatuh ke riba" - Semasa | mStar

Tawaran Loka "bagai bulan jatuh ke riba"

PETALING JAYA: Bagi mereka yang masih tercari-cari lokasi membeli-belah ideal yang menempatkan pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung, Loka Malaysia adalah jawapannya.

Manakan tidak, outlet Loka yang terletak di NU Sentral, Kuala Lumpur itu bukan sahaja menjadi hab jualan barangan usahawan tempatan, malah ia turut menawarkan produk dari artis terkenal tanah air.

Antara nama-nama besar yang menempatkan koleksi pakaian dan produk jenama mereka di Loka adalah Rozita Che Wan, Wak Doyok, Fazura, Erma Fatima, Raja Ilya, dan Abam Bocey.

Antara koleksi pakaian yang laris menjadi buruan pelanggan di Loka Malaysia.

Sebut sahaja apa yang anda mahukan, dari pakaian, makanan, haruman, produk kecantikan, semuanya ada di Loka.

Pengarah Pemasaran Loka Malaysia, Julia Hayyu berkata, konsep yang ditawarkan gedung itu sangat unik dan lain dari yang lain.

"Menerusi Loka, pelanggan tidak perlu pening untuk bergerak dari satu kedai ke kedai lain kerana kita menyediakan pelbagai produk di dalam satu outlet.

"Antara produk yang paling laris di Loka tentunya koleksi pakaian Fazbulous by Fazura dan haruman Rozita Che Wan.

"Di Loka sendiri, kami juga ada ruang yang luas dan memudahkan artis atau usahawan kami membuat pelbagai aktiviti seperti pelancaran produk, sesi ramah mesra, sidang media dan sebagainya," ujar Julia dalam satu sesi temubual eksklusif bersama mStar Online.


Tampil jelita dan anggun dengan koleksi Fazbulous by Fazura di Loka Malaysia.

Selain itu, koleksi pakaian yang menjadi ikutan anak muda seperti jenama Furby and Sugar serta Krikkers turut menjadi buruan pelanggan yang berkunjung ke situ.

Dengan dekorasi minimalis dengan sentuhan gaya industrial, outlet Loka semenangnya bersifat insta-worthy dan bersesuaian dengan kehendak orang muda.

Dekorasi menarik dan ruang yang luas memberikan keselesaan buat pelanggan untuk membeli-belah.

Dalam pada itu, peluang perniagaan yang diwujudkan Loka boleh dianggap sebagai bulan jatuh ke riba buat usahawan-usahawan tempatan.

Masakan tidak, konsep vendor yang ditawarkan Loka dengan harga serendah RM500 sebulan pastinya sangat berbaloi dan bakal memberi pulangan yang lebih lumayan buat para usahawan.

"Dengan bayaran serendah itu, usahawan boleh letakkan produk mereka di Loka. Selebihnya dari urusan promosi, pemasaran dan jualan kami yang akan uruskan.

"Mereka juga mendapat kelebihan apabila artis yang bekerjasama dengan kami akan turut mempromosikan produk-produk mereka.

"Ditambah pula dengan lokasi Loka yang sangat strategik. NU Sentral adalah pusat membeli-belah lima bintang yang dikunjungi lebih 2.2 juta pengunjung setiap bulan," ujar Julia lagi.

Ruang tambahan yang boleh digunakan untuk sebarang acara di Loka Malaysia.

Selain operasi jualan harian, Loka turut giat melakukan pelbagai aktiviti seperti seminar, sesi ramah mesra, program kebajikan dan macam-macam lagi.

Jadi, anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman membeli-belah unik di Loka Malaysia.

Barangan yang ditawarkan juga bermula pada harga yang sangat berpatutan.

Malah, ia juga sangat mudah untuk dikunjungi kerana terletak bersebelahan KL Sentral yang menjadi hab pengakutan awam utama negara ini.

Dengan Loka, semuanya ada. Jadi apa tunggu lagi, ayuh kita ke sana!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini