suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah serang penjual telefon bimbit

KAJANG: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan kerana menyerang seorang pekerja di sebuah kedai telefon bimbit.

Difahamkan suspek pergi ke kedai di Plaza Metro Kajang pada kira-kira pukul 7 malam Jumaat dan menuntut daripada rakan sekerja mangsa supaya wangnya dikembalikan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek kemudian mencetuskan kekecohan dan mengancam untuk memukul rakan sekerja mangsa sekiranya wangnya tidak dikembalikan.

"Satu pergaduhan berlaku dan mangsa cuba untuk meleraikannya.

"Bagaimanapun, saksi mendakwa suspek kemudian memukul mangsa menggunakan topi keledar," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, insiden tersebut disaksikan para pengunjung gedung itu, termasuk dirakamkan menggunakan telefon bimbit.

"Kita telah menahan suspek dan merampas topi keledar yang digunakan untuk menyerang mangsa.

"Lelaki berkenaan direman sehingga Selasa ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain