Kes Naufal Amsyar: TPM mahu undang-undang diperketat - Semasa | mStar

Kes Naufal Amsyar: TPM mahu undang-undang diperketat

Naufal meninggal dunia pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan kesedihan dengan tragedi malang menimpa bayi berusia 10 bulan, Naufal Amsyar Nabil Fikri yang meninggal dunia pagi Sabtu.

Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata, beliau akan meminta kementerian mendapatkan maklumat lengkap kejadian tersebut.

“Saya sungguh sedih tragedi sebegini berlaku sekali lagi. Saya minta kementerian saya dapatkan butir lengkap.

“Kita tak mahu setakat satu kes kemudian satu kes lagi, tapi bagaimana nak cegah kes-kes sebegini daripada berlaku,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Padang MPAJ, di sini, Sabtu.

Katanya, kerajaan akan mempertimbangkan untuk memperketat undang-undang susulan kejadian tersebut.

“Apabila berlaku kecuaian, kita mesti ketatkan undang-undang atau akta yang ada. Saya telah berbincang banyak kali dengan pejabat Peguam Negara dan beliau ada memberi tahu apa yang patut diperketat.

“Sebab undang-undang yang kita ada ini mungkin ada lompong yang mesti diisi dan diperhatikan,” katanya. - Sinar Harian

Naufal Amsyar , pengasuh

Artikel Sebelum

PAS, BN 'adik-beradik' - Tun M

Artikel Berikut

Tempoh setahun tukar kasut hitam

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Boo anjing paling comel di dunia mati