suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mohd Shukri angkat sumpah KP SPRM ke-13

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengurniakan Watikah Pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Mohd Shukri pada Istiadat Penerimaan Watikah Pelantikan di Istana Negara pada Jumaat. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada Jumaat mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ke-13 di Istana Negara, Kuala Lumpur.  Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah pelantikan.

Pada 21 Mei lalu, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Mohd. Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Mohd. Shukri, 58, telah berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanifa Maidin; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM; Datuk Ja'afar Mahad. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain