suria

Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan letak jawatan

Md Raus Sharif (kanan) bersama Zulkefli. Foto Bernama

PETALING JAYA: Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin meletakkan jawatan berkuat kuasa 31 Julai ini.

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan pada Rabu memberitahu, Raus dan Zulkefli mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan hasrat mereka untuk meletak jawatan masing-masing.

Bagaimanapun, kedua-duanya memaklumkan kepada perdana menteri bahawa perletakan jawatan itu berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah dan membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan.

“Selaras dengan pertimbangan sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan mengutus surat perletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V pada 7 Jun lalu dan peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 31 Julai 2018.

“Peletakan jawatan itu mendapat perkenan Baginda pada 8 Jun dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit, Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara bertarikh 11 Jun 2018,” menurut kenyataan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain