suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama

Jumlah kenderaan arah ke Utara kian bertambah tetapi lancar ketika tinjauan berhampiran susur keluar Gopeng pada 9.30 pagi, Rabu. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan bergerak perlahan setakat 9.40 pagi Rabu.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad, aliran trafik perlahan di Sungkai menuju ke Tapah, seterusnya ke Gopeng di Perak dan Rawang Selatan ke Sungai Buaya.

“Trafik juga dilaporkan perlahan dari Taiping Utara ke Bukit Merah di Perak. Selain itu, trafik dijangka  meningkat petang ini berikutan orang ramai mula pulang berhari raya,” katanya ketika dihubungi.  

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik mula perlahan dari  Plaza Tol Gombak ke perhentian Rehat dan Rawat Genting Sempah, Bukit Tinggi ke Lentang dan Bentong ke Bentong Barat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Artikel Lain