suria

Restoran daun pisang di PJ dibuka semula

TIGA restoran yang diarahkan tutup minggu lalu oleh Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dibuka semula selepas penutupannya ditarik balik.

"Kedua-dua restoran daun pisang iaitu Restoran Raju dan Sri Paandi, dibenarkan untuk beroperasi selepas dua hari," kata Ahli Majlis MBPJ, Sean Onn yang mengetuai serbuan itu sebelum ini.

Restoran Gasing bagaimanapun masih ditutup untuk kerja baik pulih.

Semasa serbuan secara rawak di sana minggu lalu, pasukan kesihatan menjumpai najis tikus dan lipas yang tersembunyi di sudut almari, lantai bahkan di dalam peti sejuk restoran tersebut.

Antara kesalahan lain adalah ketiadaan perangkap minyak di restoran terbabit menyebabkan semua minyak dan debu mengalir ke saluran air di belakang deretan restoran.

"Kedua-dua restoran itu dibersihkan dengan cepat supaya pasukan kesihatan kami gembira semasa pemeriksaan kali kedua dilakukan," katanya.

restoran daun pisang, MBPJ

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jumpa anda di mahkamah!

Artikel Lain