suria

Gabenor Bank Negara akan dilantik tak lama lagi

Muhammad Ibrahim meletak jawatan pada Rabu lalu.

TOKYO: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang yang akan menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) telah dikenal pasti.

Bercakap pada dialog dengan wartawan di Japan National Press Club di sini Isnin, perdana menteri berkata pelantikan itu akan dibuat tidak lama lagi.

"Walaupun, kami telah mengenal pasti orang (berkenaan) kami tidak boleh menamakan orang itu sehingga kami mendapat perkenan Baginda (Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V).

"Sehingga itu, kami tidak dapat mengumumkan nama," kata Dr Mahathir menjawab pertanyaan mengenai perkara itu.

Dilaporkan bahawa kerajaan telah menerima perletakan jawatan Muhammad sebagai Gabenor BNM berkuat kuasa 6 Jun. - BERNAMA

Gabenor Bank Negara, Tun M

Artikel Sebelum

Jumpa anda di mahkamah!

Artikel Berikut

Artikel Lain