suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Namewee ucap 'Good Morning'

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penulis lagu kontroversi, Namewee memperkenalkan video terbaharu 'Good Morning' sempena sambutan kerajaan baharu Malaysia.

Video tersebut memaparkan Namewee, pemuda kelahiran Muar itu bermain gitar dan menyanyi bersama Fara Dolhadi serta Dennis Lau yang bermain biola dan Joko Toh.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee memuat naik status pada 10 Mei lalu: "Saya gembira dengan demokrasi di Malaysia adalah benar.

"Harapnya, dasar dan undang-undang diskriminatif yang menghalang kebebasan bersuara atau kreativiti, keputusan penangkapan palsu dan idea-idea diskriminasi kaum semua boleh diketepikan. Boleh lebih bertindak adil, demokratik dan bebas."

Dia juga berharap filem, Banglasia boleh ditayangkan, konsert jelajah 4896 di Kuala Lumpur boleh diadakan, dan projek masa depan yang lebih dengan kebebasan.

Pada Ogos tahun lalu, Namewee memperkenalkan lagu patriotik Ali Ahkao Dan Muthu sempena Hari Kemerdekaan ke-60.

Video tersebut mencecah 3.5 juta di YouTube setakat ini.

Malah dia juga mengeluarkan album solo Asia Most Wanted (2013), Asian Killer (2015), Crossover Asia (2016), dan All Eat Asia (2017).

Namewee juga turut dalam pengarahan filem seperti Nasi Lemak 2.0 (2011), Hantu Gangster (2012), Kara King (2013) dan The Game Of Las Vegas (2016), serta berlakon dalam filem Petaling Street Warriors (2011), Ah Beng: Mission Impossible (2014), The Big Power (2016) and The Amazing Titanman (2018).

Namewee, Good Morning

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain