suria

Majlis ulang tahun Umno ke-72 suram

Najib (kanan) bersama Ahmad Zahid pada majlis sambutan Umno ke-72 Jumaat di PWTC pada Jumaat malam.

KUALA LUMPUR: Majlis makan malam sempena ulang tahun Umno yang ke-72, yang dihadiri para pemimpin dan anggota parti di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, berlangsung dalam suasana suram.

Ini merupakan majlis pertama yang diadakan Umno selepas Barisan Nasional (BN) dikalahkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Rabu lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan anggota Umno.

Najib tidak memberikan sebarang ucapan mahu pun melayan pertanyaan daripada pihak media yang mengekori beliau sepanjang majlis itu.

Selesai makan, beliau memasuki surau  lelaki PWTC dan menggunakan laluan khas di situ untuk ke tingkat atas Menara Datuk Onn.

Difahamkan, Najib mengadakan mesyuarat tertutup dengan kepimpinan tertinggi Umno selepas itu. -Bernama.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain