suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Umno P.Pinang minta Najib undur

GEORGE TOWN: Pemuda Umno Pulau Pinang meminta presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan ekoran kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketuanya Rafizal Abd Rahim (gambar) juga meminta Najib memberi laluan kepada pemimpin parti yang lebih muda.

Beliau berkata Pemuda Umno bukan cuba mencari alasan atau tempat untuk menuding  jari di atas kekalahan Barisan Nasional (BN)  tetapi pada hakikatnya Najib adalah penyebab utama kekalahan BN di peringkat pusat mahupun negeri.

"Beliau (Najib) perlu menghayati apa yang beliau selalu sebut ‘Saya Berjiwa Besar' dan segera menyerahkan tampuk kepimpinan tertinggi Umno kepada orang yang lebih layak daripada beliau," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata Umno perlu melalui satu proses ‘Reformasi Dalaman' dan penjenamaan semula agar parti itu menjadi kembali relevan pada PRU15 nanti yang akan menyaksikan semakin ramai orang muda menjadi pengundi kali pertama.

“Maka dengan  penuh perasaan rendah diri, Pergerakan Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang ingin meminta agar transisi jawatan presiden di dalam Umno dapat disegerakan dan diberi kepada pemimpin yang muda dan popular dalam kalangan rakyat," katanya. - Bernama

Pemuda Umno Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anwar terlalu gembira!

Artikel Lain