suria

SPR: 82.32 peratus pengundi keluar mengundi PRU14

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi adalah sebanyak 82.32 peratus dan bukannya 76 peratus seperti yang diumumkan pada Rabu.

Jumlah pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah seramai 12,229,514 orang daripada 14,940,624 pengundi yang berdaftar.

Pengerusi SPR, Tan Sri Hashim Abdullah membuat pengumuman itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

"Peralihan kuasa berjalan dengan aman dan dengan penubuhan kerajaan baharu yang memperoleh mandat daripada rakyat, ia menunjukkan prinsip demokrasi adalah matang dan dikekalkan di negara ini.

"Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, SPR kekal sebagai badan bebas dalam memastikan demokrasi dikekalkan," kata beliau.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan semua kerajaan negeri yang telah dipilih.

"SPR turut mengucapkan terima kasih kepada semua parti, terutamanya para pegawai seperti Polis Diraja Malaysia, jabatan dan agensi kerajaan, calon-calon, pengundi, pihak media dan mereka yang secara langsung atau tidak langsung menyumbang kepada pelaksanaan pilihan raya yang lancar, aman dan telus," tambah beliau.

SPR

Artikel Sebelum

Anwar terlalu gembira!

Artikel Lain