suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Hari pertama bekerja...sekali lagi" - Tweet Tun M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi tweet pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia, yang menunjukkan gambar beliau bermesyuarat dengan para pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Mesyuarat itu dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung  PH Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam Tweet yang tertera kapsyen "First day on the job..once again (Hari pertama bekerja...sekali lagi)”, Dr Mahathir menyertakan nota tulisan tangan beliau tentang perkara yang akan dibincang pada mesyuarat itu, yang diadakan di Yayasan Albukhary di sini, Jumaat.

Turut  dimuat naik ialah dua keping gambar sidang berita Dr Mahathir di bangunan sama, sebelum beliau beredar untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara yang terletak tidak jauh dari situ.

Mahathir, 92, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di Istana Negara, Khamis malam.

Beliau adalah perdana menteri tertua di dunia.

PH, yang dipengerusikan Dr Mahathir, membentuk  kerajaan Persekutuan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei.  -- Bernama  





Mahathir, PH

Artikel Berikut

Artikel Lain