suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis sahkan penemuan motosikal suspek bunuh Dr Fadi

Lakaran motosikal yang kemungkinan digunakan dua suspek ketika menembak mati imam dan pensyarah dari Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh dekat kediamannya di Setapak pada Sabtu lepas.- Bernama

SHAH ALAM: Polis mengesahkan penemuan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan suspek dalam kes bunuh Dr Fadi Mohammed Al Batsh, berhampiran Tasik Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dekat sini, petang Selasa.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata motosikal itu ditemui dalam keadaan baik dan siasatan sedang dijalankan ke atas motosikal berkenaan.

"Ya, polis memang ada temui motosikal itu yang disyaki digunakan suspek ketika melakukan pembunuhan itu.

"Namun, saya tidak boleh mendedahkan butirannya berikutan ia masih dalam siasatan," katanya  kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Peringkat Kontinjen Selangor di sini, Selasa.

Difahamkan, motosikal yang ditinggalkan berhampiran tasik itu ditemui oleh orang awam yang kemudian melaporkannya kepada polis pada kira-kira pukul 1 tengah hari Selasa. - Bernama

Dr Fadi Mohammed Al Batsh

Artikel Berikut

Puas walaupun hanya pujian!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia