Isteri Ditemui Mati, Suami Kesan Kelar Dileher - Semasa | mStar

Isteri Ditemui Mati, Suami Kesan Kelar Dileher

BELAGA: Seorang wanita berusia 25 tahun ditemukan mati manakala suaminya cedera dengan kesan kelaran di leher masing-masing di sebuah rumah panjang di Sungai Asap.

Jiran mereka yang menemukan suami isteri itu  dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian dapur pada kira-kira 9.10 malam terus membuat laporan di pondok polis Sungai Asap.

Suami wanita itu yang berusia 36 tahun dipercayai mengelar leher isterinya dengan senjata tajam sebelum bertindak mengelar lehernya sendiri kerana mengesyaki mangsa mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Belaga, ASP Mohd Sani Junid yang mengesahkan kejadian, berkata  polis yang tiba di tempat kejadian mendapati wanita itu, Melen Ading sudah tidak bernyawa manakala suaminya tidak sedarkan diri.

Mereka kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Asap yang terletak tiga kilometer dari rumah panjang itu sebelum dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.-Bernama

Kelar leher , bunuh isteri

Artikel Sebelum

Awas! 'Pink Angel' Perhati Anda

Artikel Berikut

Anggota Parlimen Paya Besar Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun