Lebih 200 Susu Formula Tiruan Dirampas - Semasa | mStar

Lebih 200 Susu Formula Tiruan Dirampas

KULAI: Sebanyak 210 kotak susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dirampas dalam lima serbuan sekitar Johor Bahru, Khamis  lepas.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Khairul Anwar Bachok berkata serbuan yang dilakukan di lima premis berupa kedai ubat-ubatan dan kedai serbaneka itu merupakan hasil risikan dan pemantauan pengadu iaitu pengeluar susu sebenar sejak Ogos.

"Ia susulan aduan yang diterima berkaitan seorang bayi mengalami muntah-muntah yang teruk setelah menggunakan susu ini yang kemudiannya didapati adalah tiruan oleh pihak pengeluar produk ini," kata beliau kepada pemberita di Stor KPDNKK dekat Senai, Ahad.

Menurut Khairul Anwar, tiga dari premis berkenaan didapati menjual susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan nilai rampasan dianggarkan RM42,000.

"Kotak susu yang disyaki tiruan bercampur dengan kotak susu yang asli di rak jualan. Susu tersebut turut dijual dengan harga yang sama dengan susu pek tulen iaitu sekitar RM200 setiap pek," kata beliau.

Hasil siasatan mendapati pemilik premis perniagaan yang berumur 50 tahun itu, mendakwa tidak mengetahui susu rumusan bayi seberat 1.8 kilogram setiap kotak itu, adalah tiruan.

Selain itu, invois pembelian susu rumusan bayi berkenaan menggunakan nama dan alamat syarikat yang palsu bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Justeru itu, pihak kami akan mempergiatkan lagi operasi di daerah lain bagi mengesan produk-produk susu rumusan bayi yang tiruan dalam usaha mengenal pasti sumber pengeluar dan produk tiruan ini," kata beliau.

Selain itu, pihaknya juga akan menghantar susu rumusan bayi yang disyaki tiruan dengan susu rumusan sebenar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti perbezaan kandungan antara keduanya.

Kesemua barangan tersebut disita di bawah Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 bagi tujuan siasatan lanjut.

Bagi kesalahan yang dilakukan membabitkan produk tiruan ini denda yang dikenakan sebanyak RM10,000 bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua bagi orang perseorangan bagi kesalahan kali pertama.

Bagi kesalahan kali kedua, denda RM20,000 bagi setiap barangan yang dipamerkan atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Khairul Anwar turut menasihati pengguna agar berhati-hati dalam membuat pembelian ke atas barangan yang terdapat di pasaran dan boleh menghubungi cawangan KPDNKK yang berdekatan untuk mengetahui perbezaan antara produk susu yang tiruan dan tulen bagi jenama itu. - BERNAMA

susu formula , KPDNKK

Artikel Sebelum

Jamal Direman Dua Hari

Artikel Berikut

Zaid Digesa Mohon Maaf

Artikel Berkaitan

Buat Duit Betul Sindiket Ni!

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain