suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Butir Bom Lama Ditemui

KUANTAN: Tiga butir bom lama dipercayai milik tentera ditemukan di kawasan lapang di belakang  sebuah stesen minyak di Jalan Semambu di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata bom itu dijumpai oleh pekerja pembinaan kawasan perumahan berhampiran, yang kemudiannya menghubungi polis pada 9 pagi.

"Skuad pemusnah bom dikejarkan ke kawasan itu dan siasatan mengesahkan bom tersebut ialah bom lama yang digunakan dalam latihan ketenteraan.

"Bom itu juga disahkan tidak berada dalam keadaan berbahaya kepada penduduk," katanya semasa dihubungi di sini, Ahad.

Abdul Aziz menambah bom itu telah dibawa pulang untuk dimusnahkan pada Sabtu. - BERNAMA

bom

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ucong Mahir Tiga Bahasa

Artikel Lain